Infomaklumat

“G4ngguan Fungs1 0tak…”- Kanak-Kanak Tak Digalakkan Berpuasa, Ini Penjelasan Dr. Izzar

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar Anwari menegaskan supaya ibu bapa berpada-pada dalam menyuruh anak untuk berpuasa agar ia tidak memud4ratkan.

Menurut Dr Izzar ada banyak perkara yang perlu dilihat ketika kanak-kanak berpuasa termasuk g4ngguan fungsi 0tak.

“Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa.

Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memud4ratkan anak.

“Anak kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan atau minum. Takut kalau disuruh juga anak2 kecil tu berpuasa penuh, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.

“Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah2 sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian,” terangnya.

Dr Izzar menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Dr Izzar memuat naik fotonya bersama anak perempuannya, Ayra Aneesah yang berusia tiga tahun.

Pun begitu, jika ibu bapa masih mahu anak-anak mereka yang masih kecil berpuasa, cukuplah beri mereka rasa kebersamaan Ketika bersahur dan berbuka.

“Untuk anak-anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu.

“Yelah, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak2 suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la,” katanya.

Bagaimanapun jika masih hendak membiarkan anak kecik berpuasa, berikut merupakan tips dan panduan yang Dr Izzar kongsikan:

1. Sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.

2. Jangan beri makanan bergula tinggi atau manis. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak

3. Elakkan makanan masin untuk mengurangkan rasa dahaga.

4. Jangan paksa anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang

5. Elakkan Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan

6. Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahla masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan.

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *