“Sambut Ulangtahun Anak Gadis..” Anak Perempuan Fiza Halim Jadi Tumpuan Ramai

Pelakon dan juga penyanyi malaysia Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim menjadi tumpuan ramai semalam selepas berkongsi beberapa gambar anak-anaknya ketika sambutan ulangtahun kelahiran anaknya.
Beruntung tiga anak ini kerana mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite.
Selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri Abdul Kudus, Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan.
Pun begitu, Fiza aktif mengemaskini dan berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di laman media sosial miliknya.
Birthday girl busy sgt semlm sampai tak sempat ambik gambar… Ni pun mommy curi2 ambik pic kakak sbb semua busy dgn kawan2… ??
Sumber : instagram @fizahalimofficial Via MV