Hiburan

Doakan saya kuat – bek4s isteri Aidid

PETALING JAYA – Enggan meratapi kisah duka bersama bekas suami, Meor Mohammad Aidid yang sudah berkahwin dengan pelakon Serina Redzuawan, Nur Hamizah Shaffee memohon semua pihak mendoakan dirinya terus kuat meneruskan hidup.

Hamizah atau nama sebenarnya Nur Hamizah Shaffee ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu dia enggan lagi memanjangkan isu tersebut dan hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang selepas ini.

“Saya tidak mahu ulas panjang tentang isu ini lagi memandangkan masih dalam tempoh edah. Saya ingin kehidupan yang tenang selepas ini.

“Setiap manusia inginkan kebahagiaan, begitu juga saya. Doakan saya kuat untuk hadapi ujian ini,” katanya.

Pada masa sama, Hamizah juga enggan mengulas lanjut tentang rumah tangga bekas suaminya bersama Serina kerana tidak mahu memburuk-burukkan mana-mana pihak.

“Saya tidak pernah berniat untuk mengaibkan pihak lain tetapi Alhamdulillah, Allah SWT sudah tunjukkan jalan. Satu demi satu sudah terbongkar.

“Biarlah pihak sana hendak buruk-burukkan saya dengan pelbagai kenyataan. Kebenaran oasti akan terbongkar jua.

“Setakat ini, beri ruang pihak berkuasa menjalankan tugas mereka menyiasat kes tersebut. Semoga semuanya dipermudahkan,” tuturnya lagi.

Terdahulu, Hamizah menerusi sebuah portal menyangkal dakwaan Serina yang menyatakan status Aidid ialah seorang duda.

Namun, rahsia tersebut terbongkar selepas Aidid membuat pengakuan bahawa statusnya masih suami orang ketika menikahi Serina pada Februari lalu.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah menyerahkan siasatan kes membabitkan Aidid dalam isu permohonan berkahwin kali kedua dengan Serina, kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis.

Mior juga memberitahu Aidid sudah bertukar ke bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *