Hiburan

Serina Redzuawan Selamat Bernikah! “Alhamdulillah, Dia Yang Terbaik Allah SWT Kirimkan”

MENJELANG Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, pelakon Serina Redzuawan sempat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Aidid.

Menerusi perkongsian di Instagram pada petang Jumaat, Serina bersyukur majlis yang diadakan secara tertutup itu berjalan lancar seperti yang direncanakan.

“Bismillahirahmanirahim, sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya nak umumkan saya dah selamat mendirikan masjid bersama suami dan majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah.

“Dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” katanya.

 

Chef Wan bersama Serina dan suaminya, Aidid.

Serina juga bersyukur perkahwinannya direstui individu paling penting dalam kehidupannya iaitu bapanya yang juga chef selebriti, Datuk Chef Wan.

Pelakon itu berkata majlis meraikan mereka akan diadakan di restoran bapanya yang terletak di ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.

SERINA REDZUAWAN

PELAKON

“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami, insyaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa ya,” katanya.

 

Aidid bersama dua anak Serina, Tristan dan Isabella.

Serina, 38, sebelum ini pernah berkahwin Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10 tahun.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *