Hiburan

Tahniah! Selepas tiga kali tertangguh, Dr Amalina sudah selamat bergelar isteri kepada jejaka mat salih

DOKTOR kelahiran Malaysia yang berkhidmat di London, United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri selamat menjadi isteri kepada seorang jejaka berbangsa asing yang dikenali sebagai Alex pada 31 Mac lalu.

 

Berita gembira itu diumumkan oleh beliau menerusi satu perkongsian di laman Instagram, lewat malam Jumaat.

Bersama perkongsian tersebut, Dr Amalina memuat naik sekeping gambarnya yang anggun mengenakan busana rona putih rekaan Putraaziz dari Butik Cosry, sementara suaminya pula kacak mengenakan sut.

“Alhamdulillah, upacara nikah dilangsungkan di London Central Mosque pada 31 Mac 2021. Walaupun terpaksa menangguhkan pernikahan kami sebanyak tiga kali kerana ‘l0ckd0wn’, kami berasa lega kerana berjaya mengadakan majlis ringkas yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat (enam tetamu sahaja sebagaimana peraturan C0v1d-19),” tulisnya.

Menurut Dr Amalina, pada awalnya mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada Mac di Malaysia dan Jun di United Kingdom, namun perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semua tetamu dapat turut meraikan bersama-sama.

“Kami tidak sabar untuk meraikan hari bahagia kami dengan orang tersayang dan rakan tidak lama lagi. Amalina dan Alex,” tulisnya.

 

Dr Amalina mengumumkan berita pertunangannya pada Ogos 2020.

Sementara itu ruangan komen perkongsian tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen.

“Alhamdulillah… tahniah Dr!

“Gembira untuk anda berdua. Tahniah untuk Dr Amalina dan suami. Ucapan moga anda sentiasa bahagia sentiasa.

“Tahniah Dr. Semoga bahagia hingga jannah,” demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, Dr Amalina mengumumkan pertunangannya dengan jejaka tinggi lampai itu pada Ogos tahun lalu.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *