Viral

Pelajar sanggup berlapar demi ibu akhirnya ‘tewas’, minta bantuan selepas putus bekalan makanan… elaun belajar semua kirim ke kampung!

“UNTUNGNYA ibu bapa dia… anak yang mengenang budi.”

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian yang dimuat naik oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng di laman Facebooknya.

Menerusi posting berkenaan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkongsi kisah mengenai seorang anak muda yang sanggup berlapar demi menghantar wang kepada ibunya di kampung.

Menurut Uncle Kentang, anak muda berkenaan masih menuntut di sebuah Kolej Vokasional di Semenyih, Selangor.

“Anak Permatang Pauh. Sanggup berlapar. Mak didahulukan. Hebat anak Melayu ini di Semenyih… sedang belajar di Kolej Vokasional.

“Dapat elaun RM400 sebulan. Kirim balik kampung bagi mak RM300. Sendiri ada tinggal RM100 sahaja.

“Kata beliau, mak di kampung lebih memerlukan. Anak macam ini memang patut aku tabik habis,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

 

Posting yang dimuat naik oleh Uncle Kentang mengenai anak muda berkenaan.

Tambah Uncle Kentang, anak muda berkenaan bersama rakan memohon bantuan daripadanya kerana terputus bekalan makanan gara-gara kekurangan wang.

“Anak soleh… semoga kamu berjaya dunia akhirat. Sanggup berlapar, asal dapat kirim wang balik kampung. Bijak beliau dan rakan mohon makanan dari kami,” tulisnya lagi.

Sehingga kini posting berkenaan meraih lebih daripada 200 shares.

 

Uncle Kentang dikenali ramai kerana sering tampil ke depan membantu menguruskan urusan penghantaran jenazah.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen menyuarakan hasrat mereka untuk membantu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban anak muda berkenaan.

“Uncle up nombor akaun adik ni atau nombor telefon dia. Bab-bab mak ni sensitif sangat.

“Duduk mana adik ni, Uncle? Nak jumpa belanja makan.

“Boleh share number anak yang sentiasa mendahulukan ibu dan keluarga?” demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Insan yang hebat! Mak dia lagi hebat… didik anak yang mendahulukan orang tua.

NETIZEN

Dalam masa yang sama juga, kebanyakan netizen memuji sikap anak muda berkenaan yang disifatkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan mengenang jasa orang tua.

“Pada usia sebegini pemikiran minda dah mantap, memang susah nak cari zaman sekarang. Attitude dah ada, disiplin dah ada, rela berkorban demi keluarga dan dia dah tahu nilai wang, tak akan bazir di masa hadapan.

 

Netizen kagum dengan sikap anak muda berkenaan malah menyuarakan hasrat untuk membantu meringkankan bebannya.

“Insan yang hebat! Mak dia lagi hebat… didik anak yang mendahulukan orang tua.

“Satu dalam seribu! Anak ini akan menjadi hebat dan berjaya.. rezekinya akan murah sentiasa,” komen netizen.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *