Hiburan

Tengku Permaisuri Selangor Buat ‘Kemunculan’ Semula Jadi Pembaca Berita Sempena 75 Tahun RTM

Saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengukir detik bermakna apabila menyambut ulang tahun ke-75.

Sempena sambutan tersebut, berita RTM malam ini dihiasi dengan pelbagai kandungan menarik.

Lebih istimewa, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli dengan membuat kemunculan di slot Berita Perdana Edisi Khas di saluran TV1.

Berita yang disiarkan pada jam 8 malam itu terlebih dahulu memaparkan momen-momen ketika Tengku Permaisuri mula menjadi pembaca berita di RTM.

“RTM terus unggul sebagai teman setia anda dan teman setia saya selamanya,” kata Tengku Permaisuri ketika mengakhiri teks beritanya.

Kemunculan istimewa itu membuatkan ramai yang teruja serta ada yang meluahkan rasa rindu melihat Tengku Permaisuri menjadi pembaca berita.

 

Sumber: Berita RTM

Kredit: Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *