Hiburan

Elly Mazlein ditudvh ‘anak emas’ stesen TV, mula fikir nak bersara – “Kepom pun dah tak lama dah dalam industri”

AKIBAT sering dilabel ‘anak emas’ stesen televisyen, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein membayangkan dia mungkin mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada dunia hiburan.

Menerusi posting di Instagram, Elly atau mesra disapa sebagai Kepom berkongsi luahan seolah-olah ada pihak yang mencemburui rezeki yang diterimanya.

Namun menurut pelakon berusia 41 tahun ini, rezeki yang diperolehinya kini adalah anugerah Allah.

 

Elly berkongsi perkara itu di Instagram.

“Tiada istilah anak emas mana-mana stesen TV. Usaha, hargai peluang, buat yang sehabis baik dan tawakal. Paling benar, semuanya daripada Dia (Allah).

“Insya-Allah, Allah susun baik-baik untuk kita semua. Rezeki ada di mana-mana… hanya cepat dan lambat,” kata Elly.

Pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini berkongsi luahannya bersama foto di hadapan Sri Pentas pada Khamis.

Kepom nak jaga keluarga dan cuba jadi insan yang lebih baik.

ELLY MAZLEIN

PELAKON & PENYANYI

Dalam pada itu, pengacara program Muzikal Lawak Superstar ini memberitahu setiap peluang yang diberikan memerlukan usaha dan semangat.

Bagaimanapun ujar pelakon drama siri popular Kampung People ini, dia mungkin akan berehat dan memberi fokus kepada keluarga pada masa depan.

 

Elly bersama barisan duta kempen Salam Ramadan Astro tahun ini.

“Apa-apa pun kekal usaha dan semangat. Kepom pun dah tak lama dah dalam industri… Kepom nak jaga keluarga dan cuba jadi insan yang lebih baik. Insya-Allah,” ujarnya.

Rata-rata netizen meminta agar Elly terus berada dalam industri seni dan tidak mengendahkan kata-kata negatif.

Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31 pada 18 Januari tahun lalu dan dikatakan sedang hamil anak pertama.

Elly mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia, 5, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini dengan pengarah drama Azmi Hatta.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *