Hiburan

‘Janganlah Si4sat Saya dan Bunga Saya’ – Awal Ashaari

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari berharap supaya dia dan isterinya, Scha Alyahya tidak disiasat selepas berita mengenai siasatan terhadap majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mula diperkatakan.

Awal menerusi Instagram berkongsi harapan itu yang turut disertakan dengan alasan bahawa dia dan Scha hanya membuka pelitup muka ketika makan dan bergambar.

“Jangan siasat saya dan bunga saya (Scha). Kami pakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika nak ambil gambar dan makan. Kami tak ada langsir seperti pengantin,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pengacara Melodi itu turut mengucapkan ucapan selamat pengantin baru buat Neelofa dan PU Riz.

“Dalam jutaan bunga di belakang itu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi dan paling berseri-seri. Satu bunga saya dah petik, satu lagi disunting Haris. Lelaki lain bolehlah ambil bau bunga bunga lain yang masih banyak tu. Selamat pengantin baru Neelofa dan Haris,” tulisnya.

 

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar sepanjang majlis perkahwinan pelakon dan pengacara itu yang menimbulkan rasa marah netizen kerana didakwa tidak mengikut SOP yang ditetapkan MKN.

Sumber: Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *