Hiburan

“Bagus Budak ni,Dalam ramai2 bergambar, anak Erra Fazira pakai mask.”

Selepas berlangsung majlis perkahwinan selebriti popular Neelofa, kecoh di media sosial mengenai dakwaan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Namun begitu, tiba-tiba puteri tunggal hasil perkahwinan Engku Emran dan Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya pula menjadi perhatian di aplikasi TikTok ketika bergambar di atas pelamin.

Sebuah video dikongsi seorang gadis, @irania.mohamed memuji kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang disifatkan menjaga S0P dengan memakai pelitup muka walaupun bergambar dalam kalangan ahli keluarga.

 

“Dia sorang pakai mask sesi bergambar”

 

“Dalam ramai-ramai, anak Erra Fazira yang pakai pelitup muka. Sangat menjaga SOP, tindakan yang bagus adik!” tulis gadis berkenaan.

Rakaman video tersebut meraih 523,000 tontonan setakat ini, selain hampir 15,000 tanda suka serta komen segelintir netizen yang memuji tindakan Aleesya yang ‘setia’ memakai pelitup muka.

 

Komen warganet:

Sumber: TrendingSangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *