Hiburan

Selepas ramai luah tidak puas hati di majlis Neelofa, akhirnya pihak polis ambil tindakan

Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas sia.satan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berhubung prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas sia.satan sudah dibuka mengikut Se.ksyen 21A Ak.ta Pen.cegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (A.kta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Netizan tegur pasal SOP

Terdahulu, ada di kalangan netizan menunjukkan beberapa keping gambar yang tiada jarak sosial ketika majlis berlangsung

 

Berikut beberapa komen dari netizan mengenai SOP majlis terbabit

 

Pelakon Zul Yahya juga melahirkan perkara yang sama di laman facebook beliau

 

Majlis ikut SOP

Dalam pada itu, menyentuh mengenai majlis akad nikah mereka yang diadakan di hotel, Neelofa berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang selamat dilangsungkan.

Biarpun terikat dengan kekangan setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 kembali dilaksanakan bermula 13 Januari lalu, namun bekas pengacara MeleTOP itu bertuah kerana mendapat team yang bagus.

“Alhamdulillah majlis yang kami rancang selamat dilangsungkan. Pereka majlis perkahwinan kami iaitu Reka Teemor berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi hanya dalam sekitar sebulan.

“Walaupun ada kekangan berlaku apabila kerajaan mengumumkan PKP2.0 pada awal tahun ini, tetapi saya sangat bersyukur kerana apa yang dirancang, dapat dilaksanakan pada hari ini.

“Kami dan Reka Teemor bersetuju untuk menggunakan rona putih sebagai satu-satunya warna dalam majlis ini dan mengambil inspirasi di Jabal Rahmah untuk dekorasi keseluruhan,” katanya.

Berkongsi berkaitan kerjayanya, Neelofa berkata, dia akan meneruskan karier sebagai usahawan biarpun sudah bergelar isteri.

“Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung.

“Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa menguruskan rumah tangga.

“Bukan itu sahaja, saya dan Haris ada berkolaboratif menubuhkan Markaz Tijaari dan kami akan memberi fokus kepada Markaz Tijaari terlebih dahulu.

“Bagi pelan jangka masa panjang pula, kami juga merancang memperkenalkan produk-produk lain di bawah jenama tersebut, Insya-ALLAH,” kongsinya.

 

Sumber: HM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button