Viral

Harapan tipis… Ibu 3 anak berendam air mata kenang momen terakhir bersama Gedik, dah 2 minggu kucing baka British Shorthair hilang tanpa jejak

DUA minggu berlalu, namun ibu kepada tiga cahaya mata ini masih belum putus harapan menunggu kepulangan kucing tersayang.

Menurut Affirah Naquiyah Suboh, 31, dia beredam air mata gara-gara kucing betina baka British Shorthair itu yang secara tiba-tiba hilang dari kediamannya di Semenyih, Selangor.

Mesra disapa Affirah, dia mengakui terkesan apabila kucing yang diberi nama Gedik itu masih belum pulang sehingga ke hari ini.

“Dah nak masuk dua minggu, kucing saya hilang pada 18 Mac lalu. Saya beli tahun lepas dan ia kini berusia enam bulan.

“Masa zaman sekolah dulu saya pernah bela kucing kampung. Selepas berbelas tahun barulah saya bela Gedik pada tahun lepas.

“Tujuannya untuk hilangkan sunyi. Kadang-kadang bosan bila bekerja dari rumah sewaktu pandemik. Ada masanya anak-anak saya dihantar ke rumah penjaga,” ujar Affirah.

 

Affirah mula membela kucing itu sejak tahun lepas.

Menurut Affirah, dia mengakui kehilangan kucing itu mungkin berpunca daripada kecuaiannya sendiri kerana terlupa menutup tingkap pada malam kejadian.

“Pada malam tu, Gedik teman saya lipat kain sehingga pukul 3 pagi. Malam tu hujan, tapi saya rasa panas.

“Saya tak buka pendingin hawa dalam bilik, sebaliknya saya buka tingkap. Tak tahu macam mana, saya terlupa tutup pintu bilik.

Mereka buat solat hajat untuk doakan kucing saya pulang semula.

AFFIRAH

“Mungkin Gedik keluar pada masa tu. Tapi ini bukan kali pertama Gedik keluar. Sebelum ni, Gedik mesti balik esoknya.

“Tapi kali ini dah berlarutan sampai dua minggu,” ujarnya sebak.

Kata Affirah, dia sukar untuk menggambarkan kesedihan yang dialami dan turut risau seandainya kucing itu kini berada dalam jagaan pihak lain.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Memang sedih. Kalau teringat mesti akan menangis.

“Kadang-kadang 3 pagi saya ajak suami keluar cari kucing. Suami kata saya macam kehilangan ahli keluarga.

 

Affirah memohon mana-mana individu tampil menyalurkan maklumat mengenai kucingnya.

“Tapi betul apa dia kata, saya dah macam orang hilang anak. Saya dah bela dia dari kecil, memang terasa.

“Saya tak tahu ia sesat atau diambil orang. Bila saya post, ada netizen kata kalau kucing baka ini, ia memang digemari ramai. Harapan memang tipis, memang orang tak lepaskan,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

Selain membuat hebahan menerusi grup komuniti di Facebook, kisah kehilangan Gedik turut ditularkan di laman Twitter.

Malah katanya, dia juga membuat solat hajat kerana cukup berharap agar kucing berkenan pulang ke pangkuan keluarganya.

“Saya terharu bila ramai netizen yang tolong hebahkan mengenai kes ini. Saya pun tak henti berdoa dan buat solat hajat.

“Lagi terharu bila bila ayah dan mak turut membantu. Ayah ada kenalan iaitu ustaz di Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor.

 

Gedik hilang sejak 18 Mac lalu dari kediaman Affirah di Semenyih, Selangor.

“Mereka buat solat hajat untuk doakan kucing saya pulang semula,” ujarnya sebak.

Kata Affirah, dia berharap mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil menghubunginya.

“Saya cuma berharap, kalau betul ada sesiapa yang simpan, minta sangat-sangat pulangkan.

“Gedik dah macam ahli keluarga saya. Saya tak marah kalau individu itu pulangkan, kalau betul ia diambil orang.

“Malah, jika Gedik bunting dan beranak nanti, saya sanggup bagi anaknya secara percuma kepada individu itu,” jelasnya lagi.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *