Global

Kec0h Did4kwa Cur4ng Dengan Nissa Sabyan, Ayus & Isteri Rasmi Bercer41

Pada sekitar Februari lalu, dunia hiburan Nusantara kecoh dengan khabar ‘percintaan’ vokalis kumpulan Sabyan, Nissa dengan salah seorang anggotanya, Ayus.

Hal yang membuat ‘percintaan’ mereka menjadi buah mulut adalah Ayus merupakan suami kepada Ririe Fairus dan sudah mempunyai anak.

Kini selepas sebulan isu tersebut diperkatakan, Ayus atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz dan isterinya, Ririe Fairus dilaporkan rasmi bercer41 semalam.

Menerusi laporan media Indonesia, Ayus tidak menghadiri keputusan prosiding percer41an mereka.

Namun, Ririe yang hadir ke Mahkamah Agama Jakarta Utara sewaktu ditemui media mengatakan redha di atas percer41an yang terjadi. Sementelah dia sendiri yang meminta dicer41kan pada Januari 2021 selepas sudah tidak lagi dapat menahan perasaan dengan kecur4ngan Ayus dan Nissa.

“Saya terima keputusan ini dengan sebaiknya,” kata Ririe.

Ririe juga memberitahu walaupun sudah bercerai, Ayus bebas untuk bertemu dengan anak anak mereka.

Hubungan sulit mereka pertama kali dibongkar oleh adik Ayus iaitu Fadhila Nova.

Dalam sebuah wawancara iaitu Rumpi No Secret Trans TV, Fadhila mendedahkan abangnya dan Nissa sudah menjalin hubungan sk4ndal sejak lebih dua tahun lalu.

Namun rahsia ‘percintaan’ mereka terbongkar sejak Julai 2019 selepas Ayus terlupa memadam perbualan dalam pesanan di aplikasi chat bersama Nissa.

“Abang saya lupa menghapus chat mereka. Jadi sk4ndal mereka diketahui dari situ,” kata Fadhila seperti ditulis kebanyakan media Indonesia.

Setelah khabar kecur4ngannya menjadi tajuk utama media di Republik itu, Ayus membuat sebuah video permohonan maaf, sementara keluarga Nissa membantah anak gadisnya mempunyai hubungan sul1t dengan suami orang.

Kredit Foto: Tribunnews

Sumber: Gempak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button