Hiburan

‘Ya, saya dah kahwin semalam’ – Elizabeth Tan

Penyanyi Elizabeth Tan mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor, pagi semalam.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, berkata dia memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila kisah perkahwinannya tular sejak pagi tadi.

 

“Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal.

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya kepada Harian Metro.

 

Menurut Lizzy, dia menganggap perkahwinan adalah satu hal yang begitu peribadi buat dirinya.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

“Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya,” katanya.

 

Terdahulu tular foto dan perkahwinan penyanyi Elizabeth Tan di media sosial apabila bapanya, David Tan Suan Chew turut berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

David yang memuat naik sekeping foto di Facebook berkongsi momen penyanyi berusia 28 tahun itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan. 

Dalam masa sama, dakwaan perkahwinan mereka turut diperkuatkan lagi dengan hantaran dimuat naik seorang pengguna Instagram dipercayai rakannya, @_esthygram_ turut memaparkan majlis pernikahan penyanyi itu. 

Sumber: metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *