Hiburan

Tular Foto Perkahwinan, Elizabeth Tan Sudah Selamat Bergelar Isteri?

Tular pagi ini di media sosial apabila sebuah foto memaparkan penyanyi Elizabeth Tan dan seorang jejaka sedang berada di altar untuk upacara perkahwinan.

 

Foto tersebut dilaporkan telah dimuat naik sendiri oleh bapa kepada penyanyi lagu Knock Knock itu menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya.

Meninjau ruangan komen Facebook David, ramai kenalan dan juga peminat tampil mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.

Manakala di Instagram milik Elizabeth Tan, masih tiada perkembangan terkini mengenai perkahwinannya itu dimuat naik untuk perkongsian bersama peminat.

 

Apa-apapun, jika benar berita ini, kami ingin mengucapkan  tahniah buat Elizabeth Tan dan suami!

Kredit: Twitter

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *