Hiburan

‘Buah pinggang hanya 19 peratus berfungsi’ – Along Eyzendy

Kuala Lumpur: “Kalaulah dulu saya kerap lakukan pemeriksaan kesihatan, mungkin buah pinggang saya dapat diselamatkan,” kata pelakon Along Eyzendy, 42, yang kini mengh1dap sakit buah pinggang.

Along berkata, kali terakhir dia melakukan pemeriksaan kesihatan ialah ketika berusia 18 tahun.

Pada 2019 ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-40, dia menjalani pemeriksaan kesihatan dan doktor memaklumkan buah pinggangnya r0sak dan hanya 19 peratus berfungsi.

Sehubungan itu, Along mahu menasihatkan orang ramai supaya menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui mengenai keadaan tubuh badan sebelum semuanya terlambat.

“Saya nak beri kesedaran kepada orang ramai bahawa pemeriksaan kesihatan itu adalah perlu. Walaupun kita sihat, tapi kita tak tahu dalaman kita sama ada sihat atau tak,” katanya.

Along berkata, dia juga bakal menjalani pembed4han pem1ndahan buah pinggang dan sudah melakukan beberapa ujian.

“Keadaan buah pinggang saya semakin ter0k dan saya rasa sekarang memang sudah r0sak sepenuhnya,” katanya.

Along turut berkongsi semangat dan nasihat kepada pesakit-pesakit buah pinggang sepertinya supaya bangkit dan teruskan kehidupan.

“Kepada mereka yang sama seperti saya, saya faham, apa yang berlaku mampu membuatkan kita bersedih dan kemurungan. Saya juga melaluinya.

“Namun, sama-sama kita bangkit. Sama-sama kita wujudkan semula semangat untuk terus berjuang dan teruskan kehidupan demi kelangsungan kita dan keluarga,” katanya.

Sumber: metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *