Tiada teman atas pelamin! Tunang tak henti sapu air mata temani perjalanan ter4khir arwh bakal isteri

KASIH yang disulam disangka berpanjangan hingga ke jenjang pelamin, namun tidak kesampaian apabila aj4l menjemput terlebih dahulu.
Bak kata pepatah, manusia hanya merancang namun Tuhan penentu segala-galanya.
Kisah menyayat hati pasangan ini dikongikan oleh sepupu kepada arwh bakal pengantin perempuan menerusi video di TikTok yang sehingga kini meraih hampir 310,000 tontonan.
Menerusi video tersebut, kelihatan tunang kepada arwh tidak dapat menahan rasa sedih ketika hari pengebvmian insan yang sepatutnya menjadi suri hatinya.
“Bayangkan guys, dia ni tunang kepada kakak aku… diaorang sudah persiapkan diri ke arah membina masjid. Tiba-tiba kakak aku dapat sakit dan baru menghembuskan naf4s terakhir. Terima kasih abang, sudi mahu halalkan dia walaupun niat itu belum terjadi,” demikian antara bait-bait ayat yang ditulis di dalam video berkenaan.
Berkongsi cerita dengan mStar, Din Amiruddin berkata kakak sepupunya yang bernama Zaimah Munaf, 28, menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu akibat sakit buah pinggang kr0nik.
Arwah Zaimah (tengah) ketika hari pertunangannya tahun lalu.
“Arwah sudah dianggap seperti kakak kandung sendiri kerana ibu saya sudah memelihara arwh dan dua adik beradiknya yang lain sejak kecil selepas kem4t1an ibu mereka.
“Ibu saya yang merupakan kakak kepada ibu mereka, ketika itu belum dikurniakan anak selepas 10 tahun berkahwin. Hanya selepas dua tahun memelihara ketiga-tiga mereka, barulah saya lahir.
“Arwh Kak Ema (Zaimah) sebelum-sebelum ini ada mengadu sakit pinggang namun ingatkan sakit biasa saja. Namun pada Oktober tahun lalu, baru tahu dia sakit buah pinggang… ketika tahu tu dia dah di tahap lima,” katanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.
Cerita Din, kakaknya sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan pada pertengahan tahun lalu, selepas saling mengenali hati budi masing-masing selama empat tahun.
Arwh Zaimah (kanan) berulang-alik ke hospital untuk menjalani rawatan dialisis sejak dis4hkan mengh1dap sakit buah pinggang kr0nik pada Oktober lalu.
Pasangan tersebut merancang untuk bernikah pada awal bulan ini sepatutnya, namun tidak kesampaian selepas Zaimah tiba-tiba j4tuh sakit dan dimasukkan ke hospital.
“Rutin kakak memang kena cuci darah dua kali setiap minggu. Kira-kira seminggu sebelum men1nggl dnia, kakak jatvh sakit dan dimasukkan ke hospital. Rupa-rupanya dia terkena jangkitan kum4n.
“Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang… arwh menghembuskan nafas terakhir di hospital pada 12 Mac lalu,” ujarnya yang juga merupakan pemilik restoran Nasi Manuk di Sandakan.
Masa hari pengebvmiannya, ramai sungguh rakan-rakannya yang datang. Mungkin kerana ramai yang menyenangi sikapnya.
DIN AMIRUDDIN
SEPUPU
Menjelang seminggu selepas kem4t1annya, Din berkata keluarganya masih bersedih dan terkesan kerana tidak menyangka arwh akan pergi meninggalkan mereka pada usia yang muda.
“Arwah bersama-sama saya berniaga nasi manuk di tepi jalan sebelum ini. Daripada buka payung gerai tepi jalan, hasil usaha bersama kami dapat buka restoran. Tahun ini merupakan tahun ketiga restoran kami beroperasi.
“Kiranya jatuh bangun berniaga, dia ada bersama-sama. Itu yang buatkan saya sedih. Begitu juga ibu yang memelihara kakak sejak kecil.
Kehilangan Zaimah (dua, kiri) benar-benar dirasai oleh Din kerana arwh sama-sama membina bisnes nasi manuk.
“Namun, insan yang paling terkesan sudah tentu tunang arwah. Ketika hari pengebumian, wajahnya sugul sangat. Banyak kali nampak dia termenung menyapu air mata. Daripada usung keranda hinggalah ke liang lahad, dia akan tampil ke depan. Mahu temani perjalanan terakhir arwah.
“Dia ada cerita, kalau lalu KFC dekat tempat kami, dia mesti menangis sebab teringat kenangan dengan arwah sebab tempat itulah mereka mula jatuh cinta,” ujarnya.
Tidak menyangka video tersebut menjadi tular, Din berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen tersebut di media sosial sebagai kenangan.
Arwah Zaimah (lima, kanan) dan Din (tiga, kiri) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sewaktu menghadiri satu program keagamaan.
“Kalau nak tahu, arwh ni jarang habiskan masa bermain media sosial. Tapi masa hari pengebvmiannya, ramai sungguh rakan-rakannya yang datang. Mungkin kerana ramai yang menyenangi sikapnya.
“Alhamdulillah ramai yang mendoakan arwh kakak. Mudah-mudahan doa untuk arwh dimakbulkan. Tak sangka ramai juga yang terkesan sebab mereka turut pernah alami detik kehilangan pasangan. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya lagi.
Sumber: mStar