ISU SEMASA

“Tiada PKP Menyeluruh Selepas Ini, Rentas Negeri Pula Secara Berperingkat” – PM

Kerajaan mengumumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh selepas ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bakal melaksanakan strategi kawalan penularan C0v1d-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap ekonomi negara.

“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi C0v1d-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara ataupun sesuatu negeri,” katanya.

 

Menurut Muhyiddin, untuk rentas negeri pula kerajaan sedia membenarkan secara peringkat, malah mewujudkan special green lane bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara.

“Perlukan sedikit masa lagi,” katanya menerusi sidang media khas PEMERKASA sebentar tadi.

Sementara itu menerusi pemantauan di Twitter, orang ramai masih mengharapkan supaya merentas negeri dibenarkan.

Rata-rata mereka berharap isu rentas negeri diberi layanan sama rata dan tiada soal pilih kasih membabitkan jawatan tertinggi.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *