Hiburan

‘Persembahan terbaik daripada saya, dan jujur saya belum periksa lagi telefon pintar saya- Nabila Razali

Shah Alam: “Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.”

Itu kata penyanyi, Nabila Razali susulan persembahannya yang tular menerusi lagu Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), semalam.

Kebanyakan ciapan di Twitter menyifatkan nyanyian dan vokal Nabila terkucil pada bahagian tertentu sehingga mencacatkan persembahan itu.

Nabila yang ditemui seusai acara itu, berkata banyak ruang yang masih boleh diperbaiki.

 

“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

“Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.

“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.

“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabila, masalah suara yang dihadapi sebelum ini sudah sembuh sepenuhnya.

“Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni.

“Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.

“Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri,” katanya.

 

Ditanya mengenai kekuatan untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Nabila mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

“Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari ‘team’ saya sendiri.

“Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya.

“Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

Sumber: Metro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *