Hiburan

Raih Lebih Sejuta Tontonan Di YouTube, Ramai Terhibur Tengok Uncle Roger Kena ‘Sekolah’ Dengan Chef Wan

Nama Uncle Roger sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat makanan. Rasanya ramai juga yang mengenali Uncle Roger lepas video reaksi tentang cara memasak nasi goreng yang disiarkan oleh BBC Food viral pada tahun lalu. Dia juga sering menekankan penggunaan MSG untuk menyedapkan lagi masakan.

Kali ini, Uncle Roger kembali lagi dan lebih istimewanya lagi, dia telah ke restoran chef terkenal di Malaysia iaitu Chef Wan. Memang riuh habis video ni sebab dua-dua kecoh dan kelakar!

 

Menerusi YouTube Channel mrnigelng, Uncle Roger telah bertemu sendiri dengan Chef Wan untuk mencuba beberapa menu terkenal di Cafe Chef Wan.

Dalam video yang berdurasi 17 minit itu, Uncle Roger juga dibawa untuk restaurant tour oleh Chef Wan di sekitar restoran miliknya itu. Selain itu, antara menu istimewa yang dicuba oleh Uncle Roger ialah Seafood Chowder, pasta, Caeser Salad, Spanish Paella dan sate.

 

Ketika diutarakan sama ada Chef Wan menggunakan monosodium glutamate (MSG) dalam masakannya, ini jawapan padu beliau.

Saya tidak akan menggunakan MSG dalam masakan saya,’ kata chef yang berusia 63 tahun itu.

Disebabkan Uncle Roger berpendapat kesemua menu yang dicubanya hanya lah not bad, Chef Wan memutuskan untuk menunjukkan cara-cara untuk memasak lauk tradisional Melayu, kerutup.

 

Memang kecur air liur tengok masakan Chef Wan ni kan. Rata-rata netizen juga terhibur dengan video Uncle Roger kali ini. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih kurang 1.6 juta kali di YouTube dan telah mendapat hampir 10 ribu komen (ketika artikel ini ditulis).

 

Korang boleh tengok sendiri video ni dan confirm korang tak gering gusi sebab asyik nak gelak je tengok telatah dorang ni.

 

Untuk pengetahuan semua, Uncle Roger atau nama sebenarnya, Nigel Ng yang berusia 29 tahun ini merupakan seorang comedian dan watak Uncle Roger itu adalah rekaan semata-mata, lapor South China Morning Post.

Sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *