Viral

“Tolongla Berhenti Rakam Diri Sendiri Dalam Tiktok”- Netizen Minta Guru Jaga Imej Profesion Perguruan

 

Viral di TikTok mengenai gelagat seorang guru wanita yang sedang ‘membebel’ kepada anak muridnya gara-gara bermain kain yang mempunyai cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
Menurut guru tersebut, dia terpaksa mengenakan denda seperti berdiri di dalam kelas kepada pelajar berkenaan selepas murid terbabit ingkar arahannya.

180 juta kali dah bagitahu

Cikgu dah bagitahu 180 juta kali jangan main kain tuala tu dekat atas kepala, muka dan mulut. Hampa tau tak cikgu letak hand sanitizer dekat tuala tu supaya tak nak ada kuman. Hampa semua boleh pula main letak dekat muka dan mulut.

Menerusi video viral tersebut, seorang guru wanita dipercayai ‘marah’ dan memberi nasihat kepada anak muridnya agar tidak bermain dengan tuala yang mengandungi hand sanitizer. Ini kerana, guru wanita tersebut tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terhadap anak muridnya. Sepanjang video tersebut juga, guru berkenaan telah membebel terhadap pelajar berkenaan.

Tolong berhenti rakam

 

Cikgu-cikgu. Tolonglah berhenti rakam diri sendiri sambil membebel kepada murid-murid. Dengan suara yang ‘annoying’, lepas tu buat-buat gedik, sangat-sangat memalukan. Tak sesuai diamalkan. Tak salah nak membebel, tapi tak perlu rekod. Buat apa nak tunjuk satu dunia? Nak tunjuk yang cikgu-cikgu ni takde kerja asyik nak membebel je ke? Kalau guna Tiktok buat kandungan mengajar masih boleh diterima. Masih ada manfaatnya. Mohonlah jangan menambahkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap profesion keguruan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Susulan daripada video berkenaan, seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan meluahkan pandangannya mengenai tindakan guru tersebut apabila merakam situasi berkenaan semasa berada di dalam kelas. Jelas Ridzuan, sebagai seorang guru, wanita tersebut tidak salah sekiranya mahu membebel kepada pelajarnya namun, tidak perlu merakam video diri sendiri. Ini kerana, video tersebut didakwa bakal mengundang kontroversi di mana guru-guru di negara ini seolah tidak mempunyai kerja dan hanya asyik membebel sahaja. Ridzuan juga berharap para guru menggunakan medium TikTok sebaik-baiknya dan tidak menambah persepsi negatif masyarakat terhadap bidang perguruan.

komen

 

Sumber: Mohd Ridzuan
Kredit: Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *