Risteena selamat bergelar isteri Isa Khan

PASANGAN selebriti, Risteena dan Isa Khan selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.
Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi.
Pernikahan mereka itu disiarkan secara langsung menerusi Instagram Project2pi.
Dalam majlis tersebut, Risteena atau nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, dan Isa dilihat mengenakan persalinan putih rekaan Ezuwan Ismail.
Majlis tersebut diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan dibuat secara tertutup.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada November 2019.
Antara yang hadir ialah keluarga dan teman rapat termasuklah adiknya yang juga pelakon, Ruhainies.
mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan kenyataan rasmi daripada pasangan pelakon ini.
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan pandemik C0v1d-19 yang sedang melanda.
Pasangan berkenaan sebelum ini sudah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia setelah lima bulan berkenalan.
Sumber: mStar