Hiburan

“By Your Side”- Engku Emran Akhirnya Beri Hint Dating Noor Nabila?

Akhirnya, spekulasi tentang kakak kepada selebriti dan usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan, Engku Emran hampir terjawab.

Engku Emran menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik foto menunjukkan bayang wajah Nabila yang ketika itu sedang berada di dalam kereta bersamanya.

Foto bayang-bayang Nabila tersebut diambil dari radio keretanya yang sedang memainkan lagu playlist bertajuk By Your Side dari penyanyi antarabangsa Sade.

“Choppy until you came along,” tulis Emran.

Kapsyen tersebut telah memberi bayangan pasangan itu sedang dilamun cinta.

Namun Emran telah menutup ruangan komen khas untuk foto tersebut. Dia bertindak demikian mungkin tidak mahu sebarang spekulasi timbul dari pengikutnya.

 

Terdahulu, khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir.

Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan netizen apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.

Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Manakala, Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, hasil perkahwinan dengan Erra mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *