Viral

Agih Tuala Wanita Tepi Jalan Mem4lukan, Tony Eusoff: “Mak Kau Tak Ajar Dari Kecil Ke?”

Pelakon Tony Eusoff beng4ng dengan sikap pengguna laman sosial Facebook yang menganggap tuala wanita objek yang mem4lukan.

Menerusi ciapan di Twitter, Tony menyel4r tindakan tidak beradab segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fahaman bersifat seksis.

“Yang terpaling bang4ng di antara yang bang4ng-bang4ng. Saya sebagai lelaki tak ada pun masalah dengan tuala wanita.

“Dari kecil sampai besar dah biasa kut dengan lumrah alam berd4rah sebulan sekali. Takkan nak pertikaikan design Tuhan? Apa yang nak malunya?

“Baru je sambut Hari Wanita Sedunia tapi ada lagi yang kata tuala wanita ni mem4lukan. Memalukan siapa sebenarnya? Mak kau tak ajar dari kecik ke?” tulis Tony.

 

Sebelum ini tular laman kumpulan politik di Facebook yang mengkritik program anjuran sebuah perwakilan wanita di Johor yang mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan.

“Sambut Hari Wanita bagi #modes tepi jalan ke? Mana maruah kau? Mana Melayu kau?

“Kalau kau pergi beli kat kedai pun selalunya taukey kedai akan masukkan dalam plastik hitam sebab nak jaga maruah orang yang beli tu, tapi korang ni dah macam maklang!” tulis akaun terbabit.

 

Sumber: Gempak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button