Viral

28 Tahun Jadi ‘Wanita’, Atlet Bola Tampar Indonesia Ini Kini S4h Lelaki! Mujur Askar Tolong…

Terdahulu, seorang atlet bola tampar Indonesia iaitu Aprilia Manganang pernah mencuri perhatian ramai sewaktu dia beraksi di Sukan Asia 2018 yang telah berlangsung di Palembang, Indonesia. Ketika itu, rata-rata penonton menyangkakan atlet Indonesia itu merupakan seorang lelaki dek kerana penampilan fizikalnya tetapi apabila diselidik rupanya Aprilia adalah seorang perempuan.

Terbaru, menerusi laporan Tribun News, akhirnya bekas pemain bola tampar skuad negara itu disahkan sebagai seorang lelaki.

Terima kasih kepada doktor

 

Aprilia mendedahkan laporan kesihatan perubatannya dalam sebuah sidang media yang diadakan di Hospital Tentera Gatot Subrato. Ujian kesihatan terhadap dirinya telah dijalankan pada 3 Februari lalu. Atlet itu meluahkan rasa syukur kerana dibantu pihak tertentu dalam menjalani proses perubahan alat kelamin.

Ini saat yang saya tunggu dan sudah 28 tahun menanti detik itu tiba. Saya bersyukur kerana tahun ini impian itu tercapai dan berterima kasih kepada semua doktor yang sudah membantu saya.

Tambahnya, dia memaklumkan dirinya mengalami hipospadia atau kelainan organ reproduksi. Berikutan peralatan perubatan yang terhad ketika itu, Aprilia dikenal pasti memiliki alat kel4min perempuan dengan bersandarkan kepada ciri fizikal.

Bukan itu saja, dia tidak menjalani pemeriksaan lanjut kerana mengalami masalah kew4ngan keluarga hingga akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Pembed4han pembetulan j4ntina

 

Selepas bersara dari dunia sukan bola tampar, dia membuat keputusan untuk sertai latihan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Sewaktu di sana, kakitangan TNI mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada fizikal Aprilia dan seterusnya meminta dia menjalani ujian pemeriksaan. Perkara tersebut membolehkan dirinya menjalani pembedahan pembetulan jantina.

Selain itu, TNI turut membantu menyediakan dokumen bagi perubahan identiti termasuk nama dan jenis kelamin.

Rasa kekok berpakaian wanita

 

Memetik laporan Tribun Sumsel, Jeneral TNI iaitu Andika Perkasa melaporkan Aprilia memiliki tubuh badan dan organ mirip seorang lelaki. Dia langsung tidak memiliki alat kel4min seperti wanita.

Dari hasil pemeriksaan itu, dilihat dari urologi, ternyata Sersan Manganang lebih memiliki organ-organ jenis kel4min laki dan bahkan tidak ada organ internal jenis kelamin wanita.

Malah, Aprilia turut mengakui berasa kekok sewaktu setiap kali mempersiapkan dirinya sebagai seorang wanita terutamanya di sebuah majlis rasmi Korps Wanita Angkatan Darat (Kowad).

Foto itu aku kelihatan kekok sangat. Setiap ahli wanita Kowad perlu menghiaskan diri dan muka dengan solekan. Agaknya sudah lama tidak menghiaskan diri seperti itu. Dulu saya pernah pakai wanita semasa majlis pengesahan, itu pun sudah lama. Apapun saya kena pakai juga disebabkan urusan kerja. Saya juga perlu pakai kasut bertumit tinggi lima sentimeter dan perlu jalan dengan gaya feminin.

Sumber: Tribun News

Kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *