Viral

Agen Insurans Guna IC Pelanggan Mohon i-Sinar, Siap Berani Letak Nombor Akaun Sendiri!

Seorang wanita kongsi pengalaman anak yang ditipu oleh ejen insuran yang berjaya memohon I-Sinar atas namanya sendiri. Kisah bermula apabila anaknya sengaja mahu membuat permohonan I-Sinar namun tidak sangka apabila namanya sudah didaftarkan tanpa pengetahuannya. Lebih licik apabila ejen insuran ini juga berani meletakkan nombor akaun bank miliknya sendiri untuk transaksi.

 

Ada permohanan pengeluaran dari KWSP

 

Kalau korang pernah apply insuran dan korang tak pernah atau tak ada nak apply KWSP baik berhati-hati. Sila semak akaun I-Sinar masing-masing ye sebab ada orang yang ada salinan IC kau bila-bila masa boleh apply. Cerita dia macam ini, anak sulung aku ini baru bekerja setahun lebih dan duit akaun 1 tak adalah banyak mana pun, so memang tiada keperluan nak keluarkan KWSP dia.

Bila kawan-kawan ramai buat pengeluaran, dia saja cuba-cuba masuk page I-Sinar nak periksa jumpa yang ada, lepastu disinilah bermula..Dia cuba masuk no IC dia untuk permohonan tapi tak boleh sebab tertulis dia pernah apply. Jadi petang itu telefon KWSP memang sah ada orang apply guna no IC anak aku tapi daftar anak no lain iaitu xxxx atas nama xxx siap dengan no akaun Maybank dia.

Menurut wanita ini, selepas diperiksa didapati pemohonan untuk akaun I-Sinar tersebut adalah ejen insuran anaknya. Bertambah pelik bagaimana pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan telah meluluskan meluluskan permohonan tersebut walaupun anaknya tidak pernah membuat sebarang pengeluaran atau permohonan sebelum ini.

Duit sudah ditolak

 

Pihak KWSP mencadangkan agar anaknya membatalkan permohonan tersebut. Malah akaun permohonan tersebut bukan didaftarkan atas nombor akaun milik anaknya tetapi nombor akaun ejen insuran yang licik itu.

Aku yakin KWSP tak adalah bodoh nak luluskan permohonan tu sebab sah-sah la nama dan akaun nombor tak sama langsung. Yelah prosuder KWSP kan ketat kalau kau silap tarik skala amount pon dah tak boleh tukar, menangis bucu katil la apatah lagi akaun bank tak sama langsung.

Selepas 5 hari pembatalan, anaknya sekali lagi memeriksa dan didapati duit tersebut sudah ditolak. KWSP sudah meluluskan permohonan I-Sinar ke akaun ejen insuran tersebut sebanyak RM2,500 walaupun akaun langsung tak sama. Lebih terkilan apabila keesokan harinya ejen insuran tersebut membuat permohanan baru memandangkan masih ada baki duit di dalam KWSP anaknya.

Hari ni pepagi lg anak aku dah gi balai buat report dan pergi ke KWSP untuk semakan dan serah report polis. Pegawai cakap kemungkinan besar duit dah tolak tapi blom di kredit ke akaun malaun tersebut sebab bukan nombor akaun anak aku.

So kena tggu 2-3 hari nak tengok samada duit tersebut dikredit balik ke akaun 1 anak aku ataupn memang lepas kredit ke akaun malaun tu.Doa-doa kan anak aku yek huhuu. Letih jugak la nak gi report polis, kejar gi KWSP and buat pembatalan kad bank..call sana sini macam nak gila, harap harap anak aku masih bersinar hendaknya.

Sumber : Cik Rose

Kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *