Hiburan

Yatt Hamzah H4mil Anak Ke-6 Pada Umur 40 Tahun – “Patutnya Dah Boleh Tahu Jantina Baby Kan?”

Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan dia kini h4mil lima bulan.

Yatt yang dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini itu berkongsi perkara tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.

“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan? rasanya baby girl lagi atau baby boy kali ini?” tulisnya.

Menurut Yatt, dia tidak kisah tentang jantina anak kelimanya itu, pada masa yang sama, bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik.

“Apapun Allah bagi bonda okay je Alhamdulillah, tak tahulah Abahnya.

“Alhamdulillah keh4milan ke-6 pada usia 40 tahun (Yatt mengalami kegvgvran sekali sebelum ini). Alhamdulillah Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Yatt juga mengatakan dia dan keluarga bakal menyambut kelahiran bayi dalam kandungan itu pada Julai ini.

“Hello lil baby, Insya-Allah Bonda, Abah and all your sisters will see you in July ya, stay strong and healthy,Amin,” akhirinya.

 


Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Yatt mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuknya.

Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Dalam perkahwinan kedua Yatt itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.

Manakala menerusi perkahwinan pertamanya dahulu, Yatt mempunyai seorang anak iaitu Suci Hanania Malika.

Yatt pernah mengalami kegvgvran pada September tahun lalu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *