Hiburan

Tak Kira Apa Pun Orang Kata Tentang Kebaikan Vaks1n, Suhaimi Saad Tetap Dengan Pendirian

Tak perlu admin buat intro panjang lebar, memang semua dah tahu Suhaimi Saad dan Ina Naim antara pasangan yang menolak vaksin C0v1d-19 secara terang-terangan.

Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu menerangkan tentang pendiriannya dan mengapa dia menolak vaks1n walaupun ianya disarankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Melalui Instagram, Suhaimi berkata posting tersebut bukanlah bertujuan untuk mengec4m ulama mahu pun mufti pro vaks1n juga tidak berniat untuk menghasut mana-mana pihak untuk menjadi anti-vaks1n.

Apa pun hujah orang, itu tidak akan semudah-mudahnya mengubah pendirian aku. Sebab aku pun ambil dalil dari Al Quran.”

Dalam Al Quran, Allah kata, kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni, nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah.”

Tinggalkan apa yg meragukanmu dan ambillah apa yang tidak meragukanmu.”

 

Suhaimi turut berkata lebih penting baginya untuk menjaga agama berbanding vaks1n. Katanya sudah banyak vaks1n dicipta namun tidak menyembuhkan sebaliknya makin banyak penyakit baru yang muncul.

Aku rela m4t1 berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh-bodohkan oleh musvh Islam.”

Aku minta agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah.”

 

Suhaimi dan Ina bukan saja memaklumkan bahawa mereka menolak vaks1n tetapi juga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan buat diri sendiri serta 4 anak mereka.

Mereka juga tidak menghantar anak-anak ke sekolah sebaliknya mengambil keputusan untuk mengajar di rumah atau dipanggil ‘home schooling’.

Sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *