Berita baik! Bayaran permohonan i-Sinar bermula hari ini dan ini yang terjadi bermula 8 Mac 2021

PETALING JAYA – , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula hari ini.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat.
“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan.
“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.
“Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia. Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
“Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online,” jelasnya.
Dana persaraan itu turut memaklumkan bermula 8 Mac 2021 ahli juga diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.
“Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.
KWSP menjelaskan bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (akaun satu), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.
Bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000 (akaun satu), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan akaun satu, namun jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah RM60,000.

Pembayaran juga akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000, menurut KWSP.
Ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 – 8922 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my.
–K! ONLINE via Bernama