Hiburan

Issey teruja isteri h4mil- “Kalau boleh kali ini saya nak baby girl”

PENYAMPAI radio Suria FM, Issey mengesahkan isterinya Noor Aimi Jamel kini hamil cahaya mata sulung mereka dan usia kandungan sudah memasuki bulan keempat.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, berkata dia sengaja ‘merahsiakan’ perkara itu kepada umum hingga waktu yang sesuai

“Memang kami ambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul-betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.

“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.

 

Keluarga bahagia Issey bakal diserikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata.

“Kalau boleh kali ini saya nak baby girl, supaya Humairah (anak hasil perkahwinan pertama isteri Issey) ada kawan nak bermain bersama,” katanya kepada mStar.

 

Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja.

ISSEY

PENYAMPAI RADIO

Issey turut berkongsikan berita gembira itu dengan memuat naik video di laman YouTube yang turut disertai Aimi serta tiga anak mereka, Muhammad Uqashah, 10, Muhammad Qayyum, 9, dan Cataleya Humairah, 6 tahun.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suami.

Bercerita lebih lanjut mengenai persiapan bersalin isteri, Issey berkata pada mulanya mereka merancang untuk pulang ke kampung halaman Aimi, 34, di Kelantan namun disebabkan terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hasrat itu terpaksa dilupakan.

 

Issey dan isteri baharu sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada Disember lalu.

“Kalau boleh nak pulang ke Kelantan supaya Aimi bersalin di sana… ada keluarga mertua boleh tengok-tengokkan.

“Tapi disebabkan kita masih lagi dalam tempoh PKP, mungkin Aimi akan bersalin di sini sahaja.

“InsyaAllah, mungkin mak mertua saya akan datang duduk dengan kami di sini untuk jaga Aimi masa pantang nanti,” katanya.

Untuk rekod, Issey diijabkabulkan dengan Aimi pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *