Sajat sembunyi elak dic3kup JAIS

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang dikenakan w4ran t4ngkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah didapati bersembunyi bagi mengelakkan dirinya dic3kup Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ini berikutan setakat pukul 9 malam tadi pihak penguat kuasa masih gagal mengesan keberadaan Sajat, 36, yang ‘dikehendaki’ selepas gagal hadir dalam sebutan semula kes berpakaian wanita sehingga mengh1na Agama Islam.
Menurut sumber, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran t4ngkap dikeluarkan kepadanya oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Selasa lalu.
“Dia hanya mengemukakan surat MC (sijil cuti sakit) selama dua hari yang diperoleh daripada hospital kerajaan kepada Peguam Syarienya, Zuri Zabuddin Budiman menerusi aplikasi WhatApps.
“Sajat kemudiannya terus menghilangkan diri sehingga kini,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan JAIS sedang membvru Sajat selepas waran t4ngkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa lalu.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad memaklumkan arahan telah dikeluarkan kepada penguat kuasa JAIS bagi mengesan usahawan kontr0versi berkenaan.
Menurut sumber, waran itu membolehkan pen4ngkapan dilakukan seterusnya membawa Sajat ke mahkamah untuk sebutan semula kes yang ditetapkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii pada 1 Jun depan.
Ketika ditanya sama ada dia boleh dipenj4ra sehingga menunggu tarikh sebutan itu, sumber menegaskan ia bergantung kepada pihak pendakwaan.
“Atas permohonan pendakwa boleh dipenj4ra kalau ada isu-isu yang munasabah,” ujarnya.
Sementara itu, hasil tinjauan Kosmo! terhadap laman Instagram Nur Sajat mendapati dia sempat memuat naik posting terbaharu kira-kira pukul 1.20 tengah hari semalam.
Beberapa netizen kemudiannya meninggalkan komen-komen men4nutkan berhubung waran t4ngkap kepadanya termasuk meminta Sajat bertindak berani dengan menyerah diri.
“Bang Jad, JAIS cari itu. Pergi serahkan diri, jadi gentlemen sikit,” kata salah seorang netizen.
Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertud0han berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang h1na dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.
Kesalahan itu dilakukan di Nursajat Beauticion, Seksyen 16 di sini pada pukul 7.30 malam, 23 Februari lalu.
Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penj4ra tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor ) 1995.
Nur Sajat kemudiannya dibenarkan ikat jamin RM3,000.
Sumber: utusan