Hiburan

Dikec4m gara-gara bergurau mirip Angelina Jolie, Bunga Isme beri am4ran! – “Jangan sampai terkena sam4n ya… semoga berjaya”

NIAT penyanyi rap Bunga Isme ingin bergurau dengan mengakui wajahnya pernah disamakan dengan selebriti antarabangsa Angelina Jolie disalahertikan segelintir pihak hingga dia teruk dikec4m netizen.

Menerima kec4man sejak Jumaat lalu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari tampil bersuara mengenai perkara tersebut dengan memberi am4ran kepada netizen.

Menurutnya, semua komen yang berunsur neg4tif dianggap sebagai buli siber atau dan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

Bunga beri amaran kepada netizen di ruang komen perkongsiannya.

“Biarkan saja orang kata kita perasan cantik sebab kita tak insecure. Kalau perasan bagus, itu (ditujukan) untuk orang yang kata kita perasan cantik tu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

“Jangan lupa ya, komen berunsur negatif iaitu cyberbully… jika mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia, kalau sam4n… denda (apabila disabitkan) tak melebihi RM50,000 atau penj4ra tidak melebihi satu tahun.

“Jadi jangan sampai terkena ya… semoga berjaya,” kata penyanyi berusia 21 tahun ini.

Beratus komen daripada orang yang dikategorikan sebagai orang dewasa.

BUNGA ISME

PENYANYI RAP

Sebelum ini, beberapa portal hiburan mengeluarkan artikel mengenai penyanyi lagu Intan Payung itu mengakui dia kerap kali disamakan dengan Angelina Jolie.

Kenyataan Bunga itu akhirnya mengundang kec4man dan kritikan netizen kerana menganggap penyanyi yang dikenali gemar memakai baju kurung itu hanya syok sendiri memandangkan wajahnya jauh berbeza dengan Angelina Jolie.

Selain bekas isteri kepada pelakon Brad Pitt, wajah Bunga juga dikatakan mirip dengan beberapa selebriti tempatan antaranya Iman Troye, Azira Shafinaz dan Shalma Aina.

 

Bunga turut memuat naik paparan skrin Akta SKMM.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Bunga ini memberitahu dia berasa lucu kerana kebanyakan komen yang melemparkan kebencian terhadap dirinya ditinggalkan oleh orang dewasa.

“Hanya sebab anda tidak mengenali saya, tidak bermaksud anda boleh lemparkan rasa benci di ruangan saya. Beratus komen daripada orang yang dikategorikan sebagai orang dewasa. Kelakar!” tulisnya.

Sumber: mStar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button