Viral

Tampil Bersuara, ‘Influencer’ Rentas Negeri Dah Bagi Keterangan Dekat P0lis – “Korang Mer4ngkak La Cari Kita Orang Kat Padang Masyar Nanti …”

Personaliti media sosial yang dikenali dengan nama Ammar Azizzan tampil bersuara selepas tindakannya bersama rakan-rakan lain merentas negeri di pantai timur sudah mendapat perhatian pihak berkuasa.

Menurut Ammar, mereka sudah memberi keterangan dan kes itu masih dalam siasatan pihak polis.

“Korang merangkak la cari kita orang kat padang masyar nanti. Kes ni masih dalam siasatan polis.

“Kami semua dah bagi keterangan dekat pihak polis. Portal media pun tak payah nak pandai-pandai reka cerita.

“Tak payah nak buat palatau. Biar polis buat siasatan kalau betul kami salah. Kami semua akan minta maaf.

“Aku geram betul la. Kalau nak kecam kita orang takpa, kita orang boleh tahan. Jangan melibatkan isteri-isteri kita orang!

“Orang tu baru kahwin, korang dah buat perangai ayah pin!” tulisnya.

 

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan sedang mengesan beberapa individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Kota Bahru.

Pada minggu lalu, tindakan sekumpulan personaliti media sosial berkongsi foto dan video perjalanan merentas negeri mendapat kec4man hebat netizen di media sosial.

Sumber:.Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *