Hiburan

Aiman Tino sukar dihubungi. Ibu dakwa anak Dik0ngk0ng wanita?

Mengejutkan apabila ibu kepada penyanyi Aiman Tino telah memuat naik luahan perasaan mengenai anak lelakinya itu di laman Instagram baru-baru ini.

Katanya, Aiman kini dan buat ‘hal’ sehingga mengabaikan kerjayanya dalam bidang nyanyian. Lebih menggemparkan apabila wanita itu menyatakan perubahan perangai anaknya itu kerana dikongkong oleh seorang wanita.

 

Bahkan segala urusan mengenai kariernya langsung ditinggal sepi dek penyanyi itu yang gagal dihubungi langsung.

Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan.

 

Meskipun tidak menyebut nama secara spesifik namun rata-rata netizen menebak bahawa status itu ditujukan kepada Aiman.

Bukan itu sahaja, ibu penyanyi tersebut pernah memuat naik gambar Aiman diiringi kapsyen mengenai dirinya yang berasa rindu dan sayang dengan anak lelakinya itu.

Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia.

 

Bukan itu sahaja, ibunya turut memuat naik Insta Story yang berbaur amaran kepada seorang wanita yang dinamakan sebagai Fara Hanis atau Fewa.

Fara Hanis (Fewa), aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan XXX!

Apalah yang jadi sebenarnya ini?

Riena dan suaminya iaitu Yusri Iskhak mempunyai 11 orang anak termasuklah Aiman dan penyanyi Fara Hezel.

Kredit: mStar Online

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *