Hiburan

“Orang Kat Luar Sana Sus4h Nak Dapat Makan Kek” – Sambut Hari Jadi Anak, Netizen Terkan Amyra & Amar Membazir Kek

Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin baru saja meraikan ulangtahun pertama anak kedua mereka, Ayra Aryssa.

Bagaimanapun, perkongsian sekeping foto di Instagram Amyra mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Dalam foto berkenaan memaparkan aksi mereka sekeluarga bergambar sambil mencomot-comotkan krim kek.

 

Anggapan netizen, tindakan itu tidak patut dan tidak sensitif memandangkan ramai kebanyakan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bersederhana dan situasi semasa yang meresahkan.

Malah, tindakan sedemikian kata netizen disifatkan satu pembaziran dan tidak sepatutnya digalakkan untuk tontonan ramai.

 

Bagaimanapun, ia sebenarnya bukan kek sebenar dan pemilik akaun Mad About Cake tampil membuat penjelasan berhubung situasi tular berkenaan.

“Untuk pengetahuan sebagai pembuat kek kami turut berkolaborasi bersama jurugambaar dan artis dalam sesuatu kempen atau projek.

“Antaranya menyediakan kek display bagi tujuan propss dan kegunaan media. Mungkin ramai tak tahu kami menawarkan khidmat ini kerana kami hana berkolaborasi dengan teman rapat.

“Dan antara salah satunya adalah tentang kek Amyra. Memandangkan Amyra adalah kenalan rapat kami sejak dulu, dia ada menempah kek birthday untuk anaknya dan berkongsi idea untuk sesi fotografi,” ujar pemilik akaun itu.

Tambahnya, kek display itu diperbuat hanya suku sahaja bahagian kek dan selebihnya adalah dummy dan krim.

“Kami yang sarankan untuk kek display. Kek display diperbuat dari suku bahagian kek dan selebihnya dummy dan krim.

“Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang malah menyokong kami sejak dari dulu.

“Malah dalam krisis pandemik dia turut membantu kami dengan menempah kek dan mempromosi secara percuma.

“Terima kasih Amyra dan Amar atas kepercayaan diberikan buat kami serta menyokong peniaga-peniaga seperti kami.

“Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terasa,” tambahnya.

 

 

Sumber: Gempak via Beautifulnara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button