Viral

“Tuhan Tu Apa?”, Seramai 157 Suku Bajau Ucap Syahadah

Sehingga ke hari ini pendakwah bebas Ebit Lew masih berada dalam misinya membantu penduduk di kawasan pendalaman Sabah. Banyak bantuan yang telah disampaikan pasukan Ebit Lew di sana.

Bagaimanapun sebentar tadi Ebit Lew kongsikan satu lagi berita gembira apabila memaklumkan seramai 157 orang penduduk dari suku Bajau Laut telah menguc4p syahadah dengan kerelaan hati mereka. Allahu.

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memelvk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa p4ksaan memelvk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut. – Tulisnya.

Ebit Lew memaklumkan dia ke sana untuk memberikan bantuan selepas menerima makluman kawasan mereka telah terputus bekalan makanan. Tapi Ebit Lew dikejvtkan dengan satu soalan dari penduduk di sana “Tuhan tu apa?”.

Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus seb4k. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus seb4k. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.

Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah. – Kongsi Ebit Lew lagi.

 

Kredit: Ebit Lew

sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *