Hiburan

“Papa Beri Restu..” – Anak Kepada Pendakwah Ridhuan Tee, Syafi Tee Kini Bergelar Pelakon

Mendapat ‘lampu hijau’ daripada bapanya sendiri iaitu pendakwah bebas dan ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, pelakon Syafi Tee,28, kini aktif terlibat dalam dunia lakonan.

Menjadi rebutan pengarah dan penerbit drama, Syafi Tee menganggap restu seorang bapa sangat penting buat dirinya dalam menghadapi cabaran dalam dunia seni.

Turut berasa bertuah kerana bapanya yang dipanggil ‘papa’ memahami selok-belok dalan dunia seni, Syafi bersyukur kerana mempunyai ‘role model’ yang memahami minatnya dalam dunia lakonan.

 

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru. Papa sudah masak dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga.”

Syafi yang ditemui media turut meluahkan pendapat bahawa setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.

Dalam pada itu, dia yang digilap bakat lakonannya melalui program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 ini turut memegang nasihat papanya untuk sentiasa menjaga batas bukan muhrim ketika menjayakan sesebuah watak.

 


“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik. Papa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran.”

Tidak sesekali berniat untuk menyembunyikan status sebagai anak kepada seorang personaliti dakwah yang terkenal, Syafi mengakui mula berasa seronok menimba pengalaman menjadi seorang pelakon.

Dia yang baru saja dua tahun bergelar anak seni itu telah mula membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan Hadiah Dari Tuhan.

SUMBER : Berita Harian

Kredit: Beautifulnara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button