Viral

“Membazir g1la” – Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘B4bi Air’, YouTuber Ini Dikec4m Netizen

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang trend membela ‘b4bi air’ di TikTok. Ramai juga yang ikut cuba rendam Cool Fever sehingga kembang untuk dijadikan ‘b4bi air’. Katanya, ‘babi’ air ni comel dan berwarna-warni, jadi ramai kanak-kanak yang tertarik dengan mainan ni.

Kali ini, giliran seorang YouTuber Malaysia pula dikec4m hebat oleh netizen terutamanya di Twitter sebab dia sanggup beli 1,000 Cool Fever untuk membuat ‘b4bi air’ sebagai content video YouTube.

 


Rata-rata netizen mengec4m tindakan YouTuber itu yang dikatakan membazir
Cool Fever. Kalau dah beli sampai seribu Cool Fever tu, mesti dah banyak kedai yang dia borong. Kesian pulak dekat orang demam yang memang memerlukan Cool Fever.

Ada juga netizen yang berpendapat YouTuber terbabit tidak sepatutnya membuat video sedemikian sebab rata-rata subscribers adalah kanak-kanak dan remaja yang mudah terpengaruh. Betul jugak tu, takut makin ramai je yang join buat ‘b4bi air’ ni. Cool Fever ni pun bukannya murah.

Ada juga yang menceritakan mereka tak dapat nak beli Cool Fever untuk ahli keluarga yang demam. Mungkin ada kedai yang dah habis stok sebab ramai yang buat mainan ‘b4bi air’ ni.

Lebih baik korang tengok-tengokkan adik atau sepupu korang yang masih kecil tu. Takut ada yang mintak duit nak beli Cool Fever jugak untuk buat mainan ni.  

Sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *