Viral

“Mentang-mentang ada duit” – Netizen Ger4m Dapat Tahu Mak Neelofa Cuba Trademark Nama ‘Daging Harimau Menangis’

Walaupun dah lama dijual, daging harimau menangis sejak akhir-akhir ni memang mendapat perhatian ramai orang sehinggakan banyak peniaga-peniaga kecil telah membuka perniagaan menjual daging ini.

Bukan sahaja peniaga kecil, ibu Neelofa, Noor Kartini yang mempunyai perniagaan makanan ‘Aunty Tini Kitchen’ turut meletakkan daging harimau menangis sebagai salah satu menu jualannya.

“Orang lain dah guna berzaman”

Baru-baru ini, timbul kontroversi di media sosial mengatakan bahawa Aunty Tini telah pun trademark kan nama ‘Daging Harimau Menangis’ ni.

Ia bermula dari tularnya permohonan cap dagangan ‘Daging Harimau Menangis’ menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

 

Perbuatannya ini telah membuatkan ramai netizen geram kerana dah banyak perniagaan yang dah lama gunakan nama ini dan tak pernah pun ada masalah sebelum ini.

 

“Letaklah nama harimau mengilai ke harimau beranak ke harimau kentut ke”

Malah menerusi Instagram peribadi Noor Kartini, wanita ini juga turut menyebut yang dia telah pun trademark nama ‘Daging Harimau Menangis’ dan mengatakan orang lain tak boleh nak gunakan nama itu lagi kerana dah jadi miliknya.

Daging Harimau Menangis ni brand ni kita dah trademark tau ‘Harimau Menangis’ brand Aunty Tini… Letaklah harimau mengilai ke harimau beranak ke harimau kentut ke.”

Namun, bila ada segelintir netizen yang teliti gambar tersebut, permohonan yang dibuat oleh syarikat ibu Neelofa ini hanyalah style penulisan packaging dan bukan nama itu sendiri.

Jadi, orang ramai masih boleh gunakan ‘Daging Harimau Menangis’ ini sebagai nama daging yang mereka jual.

Pun begitu permohonan Noor Kartini ini masih belum diluluskan dan orang awam juga boleh membuat bantahan dan aduan terhadap permohonan tersebut.

 

Kita husnuzon je lah, mungkin dia memang trademark style nama tu je…

Sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *