Viral

Kami Mohon Maaf’ – D4kwaan Trademark Harimau Menangis, Ini Penjelasan Pihak Syarikat

Ibu kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini menjadi bualan hangat di media sosial selepas syarikatnya dipercayai telah membuat permohonan mendaftar harimau menangis sebagai trademark. Dakwaan ini semakin kukuh diperkatakan apabila screenshot permohonan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tersebar meluas.

Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati kerana tindakan tersebut dianggap menindas peniaga kecil. Ini kerana perniagaan daging harimau menangis yang diperap turut sama dijalankan oleh orang lain lebih-lebih lagi pada musim pandemik.

Terbaru, Noor Khan Enterprise menerusi Instagram Aunty Tini Kitchen memuat naik kenyataan rasmi mengenai dakwaan yang dikaitkan dengan perniagaannya itu.

 

Jelasnya, permohonan yang dibuat adalah bersifat untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan Harimau Menangis pada bungkusan produk.

 

Menurutnya, hal ini bagi mengelakkan sebarang produk tiruan yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihaknya dan pengguna.

Malah, pihaknya turut memohon maaf di atas kesilapan kata-kata di dalam sebuah video yang viral di media sosial.

Pihaknya juga tidak pernah menghalang pihak lain untuk menjual produk yang sama selagi tidak menyerupai bungkusan produk yang dijual mereka.

Kredit: Aunty Tini Kitchen

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *