Viral

Kontr0versi Permohonan Trademark ‘Daging Harimau Menangis’ Mak Neelofa, Ramai Tak Perasan Sebenarnya….

Sejak petang tadi, kecoh di laman sosial Twitter mengenai permohonan cap dagangan (Trademark) ‘Daging Harimau Menangis’ keluaran Noor Khan Enterprise milik ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed.

Kontr0versi bermula apabila permohonan Noor Kartini untuk mendapatkan cap dagangan bagi ‘Daging Harimau Menangis’ Aunty Tini Kitchen menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ,tular di laman sosial tersebut.

Seorang warga Twitter @azrulhaqim menerusi bebenangnya meluahkan pandangan tidak bersetuju sekiranya bahagian daging lembu yang dipanggil ‘harimau menangis’ tersebut dipatenkan.

 

Ciapan tersebut telah diulang kicau sebanyak 5,500 ribu kali dan mendapat lebih 7,000 tanda suka dengan 120 komen ketika artikel ini ditulis.

Di ruangan komen, warga Twitter mula berdebat mengenai perkara tersebut dan mula bersetuju dengan pendapat @azrulhaqim.

Rata-ratanya berpendapat tidak logik untuk mempatenkan nama bahagian daging tersebut kerana ia telah digunakan bertahun-tahun lamanya.

 


Bagaimanapun menerusi pemerhatian pada foto yang dimuat naik seorang lagi warga Twitter dikenali sebagai @pakeri, butiran menunjukkan Noor Khan Enterprise telah mempatenkan ‘stylish’ melibatkan logo atau tulisan pada bungkusan produknya.

“Rasanya nama tu tak boleh trademark, yang boleh trademark cuma stylize version bagi tulisan tu. Macam yang dia letak kat myIPO form dia. So orang still boleh guna, cuma bukan versi stylize yang sama. Macam jenama Bo55ku tu,” ciap @shupadupa.

Untuk pengetahuan MyIPO menyediakan perkhidmatan pendaftaran untuk paten, tanda dagangan, reka bentuk industri, petunjuk geografi dan pemberitahuan sukarela hak cipta.

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *