Hiburan

Ditud0h Jual Hadiah Pemberian Dato Siti Ke Pajak Gadai, ini reaksi Aishah

Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang netizen yang menghina dan menuduhnya akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai.

Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menj4tuhkan reputasi dan m4ruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.

 

Pelantun lagu Janji Manismu itu mendedahkan wajah warga maya tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Haaaa ini dia wajah orang mengh-ina gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai.

“Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already, menj4tuhkan reputasi dan m4ruah saya,” katanya.

 

Aishah juga meminta pendapat adakah patut dia bawa perkara ini ke mahkamah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan netizen tersebut.

“What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran?

“Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya.

Aishah telah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.

Sementara itu, pada perkongsian lainnya di Instagram, Aishah mengajak netizen yang mengecamnnya di media sosial untuk berjumpa dan luahkan rasa tidak puas hati itu.

“Memang rancang untuk ‘att4ck’ ye atau kena bayar? Wow Jangan selindung-selimdung dik, meh (mari) jumpa saya. Itu pun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM (Direct Mesage) saja nak kut-uk saya. Mehlah (Marilah) jumpa saya depan-depan dan saya jelaskan pada awak apa perbezaannya. Jangan jadi penakut, pengecut, baling batu sembunyi tangan,” katanya.

Aishah juga menc4bar netizen berkenaan supaya menunjukkan gambar muka yang sebenar supaya pengkutnya boleh kenal individu tidak beradap itu.

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *