Hiburan

Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bers4lin anak kembar lelaki dan perempuan

ALHAMDULILAH! Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi sebuah video bilik bayi yang telah cantik berhias sedia menanti kehadiran orang baru di Instagram miliknya.

Katanya juga, Dr Halina dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi tadi.

 

Menurutnya, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.

Katanya juga dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi itu. Ia berisiko untuk menunggu lebih lama.

Akhirnya mereka memilih hari ini, Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua.

Sebelum ini pasangan bahagia ini turut dianugerahkan sepasang kembar lelaki.

 

Minggu lalu, Dr Sheikh memaklumkan isterinya berdepan kandungan yang membimbangkan dan boleh menyebabkan nyawa ibu serta bayi berada dalam keadaan bahaya jika tidak dirawat.

Sekadar info, pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Tahniah Dr Sheikh Muszaphar dan seluruh keluarga!

 

sumber: sinar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *