Hiburan

“Handsome Boy, So Cute!”- Peminat Puji Anak Emma Maembong Baby Yang Kacak

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Emma Maembong yang kini semakin bahagia disisi suami, Muhammad Shazli Azhar selepas pasangan sama cantik, sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

Walau bagaimanapun, lebih membahagiakan buat pasangan ini apabila mereka telahpun menimang cahaya mata pertama pada 8 November lalu apabila Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

 

Emma Maembong mahupun suami turut meluahkan rasa syukur mereka dengan kurniaan cahaya mata sulung beberapa hari lalu menerusi laman sosial peribadinya apabila akhirnya mereka mendedahkan tentang kelahiran anak mereka itu selepas seminggu dilahirkan.

Biarpun begitu, perkongsian pasangan popular ini membuatkan peminat dan rakan selebriti turut tumpang gembira dengan kehadiran putera mereka dimana turut dikongsikan baru-baru ini foto bersama kepada umum.

Menerusi Instagram, suami Emma Maembong berkongsikan lagi sekeping foto anak dilaman sosial peribadinya itu dengan menulis kapsyen mendoakan cahaya mata sulungnya ini.

 

Perkongsian terbabit bagaimanapun membuatkan orang ramai suka melihat wajah anak pasangan bahagia ini disamping menerusi ruangan komen pula posting suami Emma Maembong meraih ratusan reaksi peminat.

“Ya Allah comelnya”

 

“Handsome boy! So cute!!”

 

“… ensem dan cutenya, moga membesar jadi anak yang soleh…

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *