ISU SEMASA

“Jangan nak kelent0ng customer ya!” –KPDNHEP Mula Serbu Restoran Yang Jual Air Milo Dan Nescafe P4lsu

Korang pernah tak pergi restoran order air Milo ke tapi bila dapat rasa macam air koko? Mesti pernah punya.

Kalau korang nak tahu, korang ada hak tau untuk laporkan isu ‘air p4lsu’ ini dekat pihak berkuasa.

 

KPDHNEP mula terima aduan dari pelanggan

Terbaru, atas aduan orang ramai berkenaan isu ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah pun memulakan pemeriksaan kepada restoran yang menjual minuman jenama seperti Milo atau Nescafe tetapi dihidangkan dengan jenama dan kualiti yang lain.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, perlakuan tersebut jelas menunjukkan kegiatan perihal dagangan p4lsu pada barangan atau makanan yang ditawarkan oleh restoran.

Tambahnya lagi, ia merupakan satu kesal4han di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 apabila menu yang dipaparkan di restoran mengandungi penyataan palsu dan mengelirukan pelanggan.

 

Periksa 881 peniaga dan restoran

Jadi apa yang KPDHNEP dah buat bila dapat aduan macam ni?

Menurut Iskandar Halim, anggota penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan ke atas 881 premis kedai makan dan restoran di seluruh negara sejak 7 Oktober hingga 27 Oktober.

Sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut dijalankan, terdapat dua kes di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 direkod kerana menggunakan perihal dagangan p4lsu iaitu penggunaan ‘Milo’ yang diganti dengan minuman lain.

 

“Pemeriksaan ini diteruskan bagi memastikan semua premis restoran atau kedai makan mematuhi arahan yang dikuatkuasakan dan seterusnya melahirkan peniaga yang beretika,”

Beliau juga mengingatkan sekiranya premis restoran atau kedai makan didapati melakukan kesal4han di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM250,000.

Sumber: Bernama

Haa mana yang nak ganti ke campur air dengan jenama lain tu bawalah bertaubat. Air Milo segelas RM2.50 tak pasal-pasal kena sam4n RM250,000. 

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *