Viral

‘Itu cerita lama yang tular semula, sekarang saya sudah ada kerja tetap’. Ini pekerjaan beliau sekarang

Anak Allahy4rham Ibrahim Pendek berusia 42 tahun itu berkata, dia tidak mahu kisah lama itu diungkit kembali kerana ia adalah masa lalu dan dia bahagia dengan kehidupan sekarang.

Katanya, ramai yang tidak mengetahui ia adalah kisah lama dan hanya diulang tular sehingga ramai yang mencarinya semula.

“Saya baca komen-komen itu dan tak ambil hati kerana semuanya cerita yang baik-baik.

“Terima kasih yang mendoakan arwah. Ternyata masih ramai yang menonton lakonan arwah walaupun dia bukanlah memegang watak utama,” katanya.

 

Sejak dua hari lalu, kisah hidup Aidid yang bekerja sebagai jaga parkir kenderaan di Cheras kembali tular di media sosial.

Ia mengundang komen netizen yang simpati dengan anak pelakon terkenal itu.

Aidid yang belum berumahtangga berkata, dia bersyukur diterima bekerja sebagai pekerja am parkir di Terminal Bersepadu Selatan selain menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Ditanya mengenai minatnya dalam bidang seni, beliau berkata, pernah terlintas di dalam hati untuk menceburi bidang lakonan, tetapi hajat itu tidak terlaksana sehingga hari ini.

“Saya memang teringin mencuba. Tapi saya rasa biarlah dulu. Kalau ada tawaran pun, saya akan fikir dulu.

“Arwah pernah tawarkan untuk berlakon secara sambilan dulu, tetapi tak tahulah, rasa takut pun ada.

“Sejak saya kecil, arwah tak benarkan kerana minta saya tumpu kepada pelajaran. Abang saya Tamrin pun hanya berlakon secara sambilan. Apapun, terima kasih kepada semua yang mengambil berat,” katanya.

Sumber: Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *