Viral

Tolong Selesaikan Masalah. Adik ni raih RM100 sehari dgn hanya berbasikal.

Seorang pemuda tersentuh dengan kesungguhan kanak-kanak dikenali Dafi yang baru berusia 10 tahun tetapi sanggup berusaha keras mencari wang.

Mendedahkan kisah ke Twitter hari ini, Ziyad Yazid berkata inisiatif yang diusahakan Dafi sejak tiga tahun lalu — ketika masih berusia tujuh tahun — banyak membantu penduduk di sekitar Gong Badak, Kuala Nerus.

“Tatkala ramai kanak-kanak kecil yang lain menghabiskan masa cuti sekolah dengan bermain gajet, melancong dan melepak, tetapi tidak bagi Dafi.

“Sebaliknya adik Dafi memilih untuk menjalankan pern!agaan untuk mencari duit poket,” tulisnya. Bagaimanapun, hantaran itu tidak ada menyebut perincian mengenai keluarga kanak-kanak itu.

 

Ziyad berkata Dafi melakukan perkhidmatan memungut s4mpah dari rumah ke rumah dengan bayaran RM5 seorang selama empat jam sekitar Taman Teratai dan Taman Bestari.

“Kos yang terlibat hanyalah dirinya, sebuah basikal dan semestinya dengan keyakinan diri dan muka yang tebal. Perkhidmatan sebegini sangatlah diperlukan. Apatah lagi pickup terus rumah ke rumah dan boleh schedule pick up.

“Sekaligus telah menyelesaikan masalah penduduk yang tiada masa untuk keluar buang s4mpah. Bijakkan?” tulisnya lagi.

Ziyad berkata selain mampu meraih sehingga RM100 sehari, apa yang lebih membanggakan ialah tahap komunikasinya.

“Sebab itu saya tidak hairan kenapa adik Dafi ini seorang yang talkative dan mudah masuk dengan semua orang.

“Ada sahaja topik yang ingin diceritakan. Termasuklah kerenah pelanggan-pelanggannya,” katanya

 

Rata-rata netizan sangat berbangga dengan usaha adik ni mencari rezeki halal

“Bakal jutawan..insyaallah..semoga Allah merahmati mu ank dgn rezki yg halal..Aamiin

“Dafi ni memg bagus..sblm ni selali dtg main kat kawasan umah kami..g berjemaah sama ngan anak2..tp selepas covid lama dia x dtg.

” Semoga adik ni berjaya dan kaya satu hari nanti.. Cuma xrasa malu keorg dewasa upah budak buang sampah

“Semoga satu hari nnt adik ni akan menjadi seorang usahawan berjaya…. Teruskan usaha wahai adik cerdik

” Macam aku kecik2 duli.. Hidup ssh..jadi terpaksa lah ambik upah buang sampah.. kutip tin dlm tpt pelupusan sampah… Byk pahit manis aku terima..

kredit: http://www.imuslimnetwork.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *