Hiburan

Fad Bocey timang anak keempat, pilih nama Ibrahim Jibriel

ISTERI kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman selamat melahirkan anak keempat mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Fad, 29, meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran itu dipermudahkan, malah dia turut berkongsi nama cahaya mata lelakinya itu.

“Assalammualaikum, salam Subuh semua… syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, hari ini pukul 4.41 pagi isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki.

“Selamat datang baby mummy dan daddy… Ibrahim Jibriel Mohamad Fadzlie. Terima kasih semua yang mendoakan kami.

“Terima kasih banyak untuk kesayangan saya Syaheera Rahman. I love you so much!,” katanya.

Fad berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan isteri dan bayinya.

 

Ahli kumpulan Bocey ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan isteri dan bayinya itu di atas katil hospital.

Sementara itu, rata-rata pengikut termasuklah rakan artis mengucapkan tahniah atas kelahiran itu dan mendoakan semoga bayi tersebut membesar sihat.

Fad bersama isteri dan tiga anak mereka.

“Tahniah bro… semoga kehadiran orang baharu menambahkan lagi bahagia dalam keluarga. Semoga keluarga ini sentiasa di bawah rahmat Allah,” komen Rahim Sepahtu.

“Syukur Alhamdulillah… tahniah Fad,” tulis Zizan Razak.

 

Syaheera atau Nur Syahirah A.Rahman mendirikan rumah tangga dengan Fad pada 14 Mac 2015.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *