Hiburan

[V1DE0] Rindu! Anak Menangis Tengok Ashira Di Kaca TV…

Anak kepada Ashira Aziz, bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Megat Shazril Haziq Hadi, 14, menangis menonton persembahan ibunya di minggu kedua program realiti tersebut.

Gempak difahamkan Megat Shazril sudah tiga minggu berjauhan dengan ibunya dan kini tinggal bersama makciknya, Shasha Aziz (kakak Ashira).

Menerusi sepotong video yang dikongsi Shasha di laman sosial Twitter, Megat Shazril dilihat menyapu air matanya menggunakan t-shirt yang dipakai.

“Anak u terharu dan menangis,” ciap Shasha pada ruangan komen sambil menyebut nama Ashira.

Sementara itu Ashira ketika dihubungi Gempak gagal menahan sebak apabila ditanya mengenai video tersebut.

 

Saya rindu pada anak saya. Berjauhan dengan anak itu, perasaannya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Buat sementara ini saya tinggal dengan seorang lagi kakak di Ampang, sementara Megat Hazril di Shah Alam.

“Tidak mampu saya menahan perasaan ini apabila melihat dia menangis di depan kaca televisyen melihat saya,” kata Ashira yang menangis sebaik sahaja menonton video tersebut di Twitter selepas diciap kakaknya.

Diminta mengulas mengenai Anugerah CUCKOO Healthy Home yang diterimanya, Ashira tidak menyangka akan terpilih sebagai bintang yang menerima ciapan paling tinggi di Twitter.

“Alhamdulillah, rezeki anak saya…Terima kasih kepada yang telah mengundi saya, memang tak sangka,” katanya yang menduduki tempat keempat dengan markah sebanyak 68.00 peratus pada minggu ini.

Ashira mara ke minggu ketiga bertemakan Cuba Try Test dan akan menyanyikan lagu Penasaran, nyanyian Krisdayanti.

Tinggal 13 bintang lagi bakal meneruskan perjalanan di minggu ketiga GV7  selepas Haslinda tersingkir.

Tugasan bertemakan Cuba Try Test yang bakal menyaksikan bintang GV7 yang tinggal, menyanyikan lagu di luar comfort zone masing-masing.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *