Hiburan

Penantian 4 tahun berakhir, Shah Iskandar timang anak lelaki – “Saya berehat dari laman sosial selama 7 hari untuk beri tumpuan kepada mereka

PELAKON Shah Iskandar berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Siti Sarah Mohd Noor telah selamat melahirkan bayi lelaki pertama mereka pukul 2.02 petang pada 10 Oktober lalu.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 38, meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran cahaya mata pertama seberat 3.66 kilogram di Hospital Umra, Shah Alam berjalan dengan lancar.

Menurut Shah, dia mengambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tujuh hari disebabkan ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada isteri dan anak mereka.

 

Isteri kepada Shah, Siti Sarah turut berkongsi wajah bayi mereka di Instagram.

“Isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pertama kami pukul 2.02 petang, 10 Oktober 2020, Sabtu lalu di Hospital Umra, Shah Alam.

“Alhamdullilah, prosese kelahiran berjalan dengan lancar tambahan pula semua petugas di hospital itu menjadikan perjalanan kami sangat menyenangkan.

“Saya ambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tujuh hari untuk berikan perhatian kepada isteri dan anak saya,” kata Shah.

Shah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto bersama anak lelakinya yang diberi nama Yusuf Zulkarnaen di laman Instagram miliknya pada malam, Sabtu.


Saya janji akan bawa baby dan isteri pulang selepas semuanya dalam keadaan baik.

SHAH ISKANDAR

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama Ryan Aralyn ini meluahkan rasa cinta terhadap isterinya yang melakukan pengorbanan dan melahirkan anak mereka.

Shah turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentua dan berharap dapat membawa pulang anak dan isterinya ke Singapura untuk bertemu dengan keluarganya di sana.

“Ucapan terima kasih tidak akan pernah cukup dengan segala pengorbanan awak lakukan dan melahirkan bayi yang sangat comel. Saya sayang awak.

 

Shah meluahkan rasa cinta terhadap isterinya.

“Kepada keluarga mentua saya, terutama mak, abah dan paling penting @iamseriudanimn, saya tidak mahu lagi keluarga yang lebih baik untuk bersama dan kami hargai semua sokongan yang diberikan.

“Kepada keluarga saya di Singapura terutama mama, Nani, @shaheennadia and hubby Azlan, Shafiq… terima kasih atas semua hadiah untuk anak saya dan sokongan.

“Saya janji akan bawa baby dan isteri pulang selepas semuanya dalam keadaan baik. Kepada yang menyokong karier saya sangat bermakna,” ujarnya.

Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada Januari 2016.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *